Tuesday, 4 October 2016

Kraftangan Bahan Terpakai Unik

Seni Kitar Semula Yang Bijaksana

Adakah anda seorang yang sangat berminat dalam bab kitar semula? 
Jika begitu...mari kita bercakap tentang idea-idea kitar semula. Bagaimana menghasilkan benda-benda kreatif dari botol plastik, tin, kaca atau apa saja yang boleh diguna semula.  Kita semua menggunakan botol plastik atau tin minuman yang sedia ada di pasaran lalu kita  membuangnya begitu saja setelah digunakan. 




Bagi apa saja pada orang yang kreatif, pasti ada hasilnya.  Pernahkah terfikir untuk anda menghasilkan karya menggunakan tin bekas minuman atau bahan terbuang seperti ini?  Mungkin ada yang telah melakukannya. Tahniah, anda memang kratif dan memanfaatkan segala benda di sekeliling anda.  Tidak saja tin minuman, bahan plastik,  atau cawan polisterin boleh saja menjadi pencetus idea bagi insan-insan kreatif.  

Kita lihat hasilnya...


Bekas tin minuman jadi arca menarik

  



   






Botol plastik macamana pula...???


Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh kita dalam menghasilkan inovatif dan reka bentuk dari botol minuman plastik yang mana boleh digunakan untuk beberapa tujuan. Berikut beberapa idea untuk memberi inspirasi kepada anda. Semak kemahiran seni anda untuk mengubah botol plastik ke dalam reka bentuk yang indah.


Bahan dari penutup botol.


Wahh...tumbuhan plastik pun boleh!









BestPSDtoHTML-Recycle Ideas for Plastic bottles-Plastic_bottle_art_3
Tak perlu pasu bunga. Gunakan saja botol plastik untukan tanaman seperti ini. Tidak membazir, dan satu langkah bijak menghias taman. Tak perlu modal besar.




 Kesimpulannya,bahan terpakai sangatlah berguna dan dapat dikitar semula dengan menjadikannya kraftangan seperti pasu bunga,

kraftangan diperbuat daripada bahan kitar semula


 Sudah lama label kitar semula tidak mempunyai entri terbaru. Topik yang menjadi tunjang utama blog ini. Kali ini kreativiti kitar semula kembali dengan satu tema iaitu pasu daripada barang terbuang. Sebelum itu, sudahkah anda menjadikan amalan kitar semula sebahagian dari kehidupan anda? 
Begitu banyak kebaikan dan kepentingan yang boleh anda peroleh dengan mengitar semula, Ianya bukan sahaja mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia, malahan kepada semua hidupan dan alam sekitar. 

Kebaikan Kitar Semula
Pertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.
Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan  pupus. Mereka juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan  berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.
Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang.

Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.
Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.  Buat pengetahuan rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.

Kuantiti sampah di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Mahukah anda? Sampah-sampah ini juga akan mencemar tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan kita dan hidupan lain.
Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan kreatif daripada bahan terbuang. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan.
Pasu Kitar Semula Dari Barang Terbuang
Anda juga boleh menyumbang kepada semua kebaikan dan kepentingan kitar semula ini. Kali ini anda boleh mencuba kreativiti kitar semula ini yang menggunakan barang terbuang untuk dijadikan pasu bunga yang menarik, unik dan mengujakan. Jimat belanja dan alam terpelihara...Marilah menyumbang ke arah kebaikan bersama untuk masa kini dan masa depan.
pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada tayar terbuang

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada bekas tin. 
pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu gantung daripada botol plastik
pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada kasut 'Croc' dan bakul

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada rak dan beg tangan

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada pallet dan cerek

pasu kitar semula dari bahan terbuang pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada botol kaca dan almari solek

pasu kitar semula dari bahan terbuang pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kasut tumit tinggi dan kasut

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada baldi atau tong

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kasut 'boot"

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kereta!


Kesimpulannya,bahan-bahan terpakai seperti kasut,tayar terbuang malah rangka kereta juga dapat digunakan dan dijadikan kraftangan.Hal ini boleh mengelakkan dari mencemarkan udara dan alam sekitar.https://nusratinacumi.blogspot.com/b/post-preview?token=SQO9lFcBAAA.vaKWXTDtiubMYmCoan-Cc30joa0D3Mo1e