Sudah lama label kitar semula tidak mempunyai entri terbaru. Topik yang menjadi tunjang utama blog ini. Kali ini kreativiti kitar semula kembali dengan satu tema iaitu pasu daripada barang terbuang. Sebelum itu, sudahkah anda menjadikan amalan kitar semula sebahagian dari kehidupan anda?
Begitu banyak kebaikan dan kepentingan yang boleh anda peroleh dengan mengitar semula, Ianya bukan sahaja mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia, malahan kepada semua hidupan dan alam sekitar.
Kebaikan Kitar Semula
Pertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah
baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada
sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar
kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan
dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang
merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.
Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan
besar akan pupus. Mereka juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana
apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.
Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan
melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada
bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan
barang baru daripada barang terbuang.
Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.
Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.
Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi menangani
masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Buat pengetahuan rakyat
Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.
Kuantiti sampah di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Mahukah anda? Sampah-sampah ini juga akan mencemar tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan kita dan hidupan lain.
Kuantiti sampah di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Mahukah anda? Sampah-sampah ini juga akan mencemar tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan kita dan hidupan lain.
Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan
penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk
menghasilkan sesuatu yang baru dan kreatif daripada bahan terbuang.
Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul
yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang
boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama.
Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan
harga yang berpatutan.
Pasu Kitar Semula Dari Barang Terbuang
Anda juga boleh menyumbang kepada semua kebaikan dan kepentingan kitar semula ini. Kali ini anda boleh mencuba kreativiti kitar semula ini yang menggunakan barang terbuang untuk dijadikan pasu bunga
yang menarik, unik dan mengujakan. Jimat belanja dan alam
terpelihara...Marilah menyumbang ke arah kebaikan bersama untuk masa
kini dan masa depan.
Pasu daripada tayar terbuang
Pasu daripada bekas tin.
Pasu gantung daripada botol plastik
Pasu daripada kasut 'Croc' dan bakul
Pasu daripada rak dan beg tangan
Pasu daripada pallet dan cerek
Pasu daripada botol kaca dan almari solek
Pasu daripada kasut tumit tinggi dan kasut
Pasu daripada baldi atau tong
Pasu daripada kasut 'boot"
Pasu daripada kereta!
Kesimpulannya,bahan-bahan terpakai seperti kasut,tayar terbuang malah rangka kereta juga dapat digunakan dan dijadikan kraftangan.Hal ini boleh mengelakkan dari mencemarkan udara dan alam sekitar.https://nusratinacumi.blogspot.com/b/post-preview?token=SQO9lFcBAAA.vaKWXTDtiubMYmCoan-Cc30joa0D3Mo1e
Bagus isinya
ReplyDeletelol
Deleteyg ni best x https://legendarykotakitarsemula.blogspot.com/
ReplyDelete